Saturday, February 28, 2009

Tarikh Tarikh Perbicaraan

Jadual Perbicaraan

Kes Tuntutan Fasakh Mahkamah Syariah Jempol

7 Januari-Sebutan kes Tuntutan Fasakh:
- plaintif tidak hadir-ibu meninggal dunia
-Defendan hadir tanpa dihadiri peguam
-Sebutan kes di tunda ke 30 Januari 2009

30 Januari-Sebutan Kes
-Plaintif hadir bersama peguam
-Peguam defendan hadir tanpa kehadiran defendan
-kes ditetapkan pada 27 Feb kemudian ditunda pada 6 Mac 2009

Majlis Suluh Tuntutan Hadhanah di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban

23 Februari-Kedua dua hadir dihadapan Pegawai Suluh
-Tiada persetujuan dicapai
-Defendan mohon sekali lagi Majlis Suluh
-Tarikh suluh ke dua pada 26 Feb

26 Februari-Keputusan Suluh gagal.
-Terpaksa di bicarakan
-Tarikh sebutan kes 23 Mac 09

Dokumen Sokongan


Report Polis di Balai Polis Rompin,Jempol Negeri Sembilan selepas dihalang bertemu anak dan isteri serta diugut oleh Muzi bin Musa
Sijil Penghargaan ke atas SK Jengka 16 sekolah Nurus Syuhada sedang belajar,yang beberapa kali cemerlang di dlm UPSR

Keratan akhbar 25 Feb 09-SK Jengka 16 Sekolah Rendah Felda Terbaik seluruh Pahang



Pembelaan Kes Tuntutan Hadhanah

1.Saya ingin menafikan sekeras kerasnya dakwaan plaintif pada perenggan 6.Saya tidak pernah memperlakukannya secara kasar atau mendera mental plaintif.Ketika plaintif membuat tuntutan fasakh ,tiada sebarang pergaduhan atau penderaan fizikal atau mental berlaku ke atasnya,sebaliknya beliau membuat tuntutan fasakh itu selepas campurtangan keluarganya ketika saya tiada di dalam negara selama seminggu atas urusan kerja.

2.Saya juga menafikan keterangannya pada perenggan 7.Pada 2/1/2009 saya telah mengambil anak saya Nurus Syuhada 10 tahun yang begitu lama saya tidak temui kerana telah ditinggalkan di kampong plaintif sejak 17 Nov 2008 ,kemudiannya dilarikan dan disembunyikan plaintif di Kedah dan beberapa tempat lain yang saya tidak tahu .Plaintif telah mendapat bantuan sepenuhnya dari adik beradiknya.

Saya telah pergi ke Kedah sebanyak dua kali untuk mencari anak dan isteri saya yang menghilangkan diri bersama adik adiknya.Saya tidak mendapat kerjasama yang baik daripada adik adik plaintif.Apabila saya tahu anak dan isteri saya berada di rumah keluarganya di 163 Felda Palong 5,Gemas ,saya terus bergegas ke sana untuk membawa pulang kedua dua anak kerana musim persekolahan akan bermula.Saya juga mengajak plaintif pulang ke rumah,tetapi dia enggan dan mengatakan dia sudah tidak ada apa apa hubungan dengan saya,padahal dia masih isteri saya yang sah.

Saya tidakpun dihalang ketika mengambil anak saya ,Nurus Syuhada.Plaintif hanya menghalang saya membawa anak lelaki saya Ahmad Nasrullah 8 tahun.

3.Saya menafikan keterangan plaintif pada perenggan ke 9.Plaintif tidak pernah pun menelefon anaknya Nurus Syuhada yang berada dalam jagaan saya,sebaliknya saya lah beberapa kali menelefon beliau meminta beliau berbual dengan anak saya.Beliau juga tidak akan menjawab panggilan dari talipon saya walaupun anaknya sendiri yang menelefon.Saya terpaksa menghantar sms terlebih dahulu memaklumkan anaknya yang hendak bercakap.

Saya beberapa kali merayu beliau supaya pulang ke rumah untuk bersama dengan anak anak sementara perbicaraan kes tuntutan fasakhnya selesai.Tetapi beliau yang tidak mahu pulang dan menemui anaknya.

Pada 15 Januari 2009 saya telah membawa Nurus Syuhada untuk bertemunya di Felda Palong 5.Tetapi abang plaintif dan dua kakaknya telah menghina dan menghalau saya dengan kasar.Saya telah diugut dan hendak dipukul oleh abang plaintif.Anak saya Nurus Syuhada menangis teresak esak melihat kejadian itu,tetapi plaintif hanya mendiamkan diri ,tidak sedikitpun merasa simpati kepada anak sendiri.Kerana bimbang dipukul saya dan anak saya terus meninggalkan Felda Palong 5 dan terus membuat laporan polis di Rompin.(Laporan Polis di lampirkan)

4.Saya menafikan keterangan plaintif pada perenggan ke 10.Beliau sebenarnya tidaklah menyayangi anak anak sepenuhnya.Sepanjang tahun 2008 beliau kerap kali meninggalkan anak anak kepada saya kerana pulang ke kampong tanpa izin saya.Beliau lebih menjaga hati keluarganya daripada anak-anak dan suami sendiri.

Saya juga menafikan dakwaannya kononnya saya acapkali memarahi ,menengking dan mengherdik anak.Apa yang sebenarnya ialah plaintif menganggap bahawa anak anak itu adalah haknya seorang diri sehingga saya langsung tidak berhak menegur atau memarahi anak walaupun dengan cara yang baik.Atas alasan kononnya dialah yang sayangkan anak maka dia berhak segala galanya ,dia boleh memarahai atau memukul anak.

5.Saya juga menafikan dakwaan plaintif pada perenggan ke 11kononnya beliau tidak mendapat perhatian dan penjagaan sewajarnya daripada saya dan menuduh saya mengabaikan nafkah dan perbelanjaan untuk anak anak.Anak anak saya mempunyai cukup pakaian,makanan dan segala keperluan untuk persekolahan.Belum pernah lagi mereka tidak membawa duit belanja ke sekolah.saya juga belum pernah meminta sedekah untuk menampung perbelanjaan anak anak.

6.Saya menafikan keterangan plaintif pada perenggan ke 12 yang mengakui dirinya seorang muslimah yang baik dari segi akhlaknya.Beliau telah beberapa kali keluar dari rumah tanpa izin saya.Beliau juga sering mendedahkan hal hal dalaman rumahtangga kepada adik beradik dan ipar ipar serta rakan rakannya.Plaintif juga cukup membenci ibu saya serta adik adik saya tanpa alasan yang kukuh.Beliau juga cukup mudah percaya berita berita yang sampai kepadanya tanpa memeriksa kesahihahan dan terus menuduh saya dengan pelbagai tuduhan.

Saya juga menafikan plaintif tinggal bersama adik beradiknya.Sebenarnya beliau hanya tinggal berdua dengan bapanya yang uzur.Kehendak sebenarnya hanya lebih untuk menjaga bapanya.Keadaan bapanya yang uzur sudah tentu tidak banyak membantu menambah kebajikan anak saya.

Plaintif mempunyai abang yang sudah berkeluarga dan tinggal di rumah berasingan di Felda Palong 5.Abangnya yang banyak campur tangan urusan rumahtangga saya mempunyai peribadi yang buruk yang tidak dapat membantu memberi kebajikan dan kebaikkan pada anak anak saya.Beliau sendiri gagal menguruskan rumahtangganya. Abang plaintif telah beberapa kali cuba bertindak kasar kepada saya dalam keadaan saya tidak mengasarinya ,cuba memukul,mengugut, memfitnah dan menghina dan mengaibkan saya dihadapan anak dan isteri tanpa alasan dan bukti yang kukuh.

7.Hasrat plaintif pada perenggan 13 untuk mendapat hak penjagaan dan penukaran sekolah anak anak saya tidak sewajarnya diberikan kerana:

1.Selepas hampir dua bulan,ternyata anak saya yang dibawa lari oleh beliau iaitu Ahmad Nasrullah yang sepatutnya bersekolah semenjak 5 Januari 2009 dan dijanjikan beliau untuk menghantar ke Sekolah Rendah Islam di Parit panjang Kedah telah gagal disekolahkan.Tiada sebarang usahapun dibuat plaintif untuk mempersekolahkan anak saya selama hamper dua bulan

Manakala anak yang berada dalam jagaan saya telah saya hantar ke sekolah sejak awal persekolahan hingga sekarang dan sedang belajar di sekolah Felda terbaik di negeri Pahang(keratan Akhbar Berita Harian dan Sijil Akuan di lampirkan)

2.Dalam keadaan mahkamah belum memutuskan hak penjagaan anak anak kepada mana mana pihak plaintif telah bertindak mendahului mahkamah dengan memutuskan hubungan anak-anak dan saya hingga sanggup menyembunyikan anak anak dari bertemu saya selama beberapa bulan.Tidak menjawab panggilan talifon saya untuk bercakap dengan anak anak.

Lebih kejam lagi dalam keadaan saya masih sah suami isteri,sah sebagai bapa ,adik beradik plaintif telah bertindak menyembunyikan anak anak saya ,menghalang untuk saya bertemu dan sesuka hati memindahkan anak saya dari sekolah asalnya di SK Jengka 16.