Sunday, January 4, 2009

Kronologi Setahun Untuk Peguam

Lebih kurang setahun yang lalu,isteri saya dan kakaknya(Kak Long) telah bertemu seorang bomoh yg didakwanya pengamal perubatan Islam mengadu masalah rumahtangga kami.Bomoh itu mendakwa, kononnya saya mempunyai saka.Masalah rumahtangga ini berpunca dari saya dan isteri saya tiada sebarang gangguan.Dia mendesak saya pergi berubat dengan bomoh tersebut.

Saya tidak berpuas hati dengan isteri saya yg terus berpegang sepenuhnya dakwaan bomoh itu.Bagi saya ramalan bomoh bukanlah tepat.Saya juga menganggap bomoh tersebut tidak mempunyai etika pengamal perubatan Islam kerana mendakwa sayalah punca suasana tidak harmoni dlm rumahtangga.Kalaulah benar bomoh tersebut berkata begitu saudah tentu rumahtangga saya bertambah bermasalah kerana isteri saya akan berpegang bahawa dirinya tidak ada apa masalah,semuanya dari saya,sbb saya ada jin/saka.

(Bagaimanapun selepas itu saya pernah mendapatkan rawatan dari Pengamal Perubatan Islam Darus Syifa untuk membuang panas baran.Atas nasihat ibu saya dan untuk menjaga hati isteri saya juga pergi dapat rawatan dari Imam Masjid di Temerloh.Imam itu beritau,kami berdua memang ada saka.Isteri saya terkejut sbb dia berpegang sungguh sungguh dengan cakap bomoh terdahulu yg kata saya seorang yg ada masalah.)

Pada 9 Mac 08 isteri saya pulang ke kampong bersama ayahnya yang datang ke Jengka.Sekembali dari kampong dia telah marahkan saya kerana mengetahui saya telah bertemu bekas pelajar kami (Nurul Jannah 19 thn)

Tujuan saya bertemu Jannah di rumahnya (Felda Jengka 7) untuk menyerahkan Quran Digital yg ditempahnya hampir sebulan .Saya ditemani anak saudara saya Abdullah al Munzir(9thn).Quran itu saya serahkan kpd Jannah di depan rumahnya .Saya tidak turun pun dari kereta.Ketika itu ibunya juga berada di halaman rumah dan memberi sebungkus kueh kepada saya.

Penjelasan saya tidak diendahkan langsung oleh isteri saya.Dia begitu cemburu dan terus memarahi saya dengan alasannya tak boleh berhubung dengan org perempuan ,bimbang datang fitnah.Akhirnya berlakulah pertengkaran.

Selepas itu saya pergi ke Alor Star Kedah menghadiri satu program.Dlm pjln ke sana,berbagai sms dihntr oleh isteri saya yg masih marahkan saya.Saya tidak membalas dan terus padamkan sms tersebut.Kembali dari Kedah saya kerumah ibu saya di Jengka .Ibu saya telah marahkan saya kerana selalu bergaduh dengan isteri.Isteri saya telah mengadu kepada ibu saya.Ibu saya berkata dia tak akan menyebelahi anak sendiri kalaupun puncanya bukan dari saya.Saya hanya mendiamkan diri tidak menjawab kerana tidak mahu memburukkan nama isteri saya.

Ketika pulang ke rumah saya,isteri saya masih dalam kemarahan ,saya cuba lagi untuk memujuk dan menerangkan tentang pertemuan saya dengan Jannah.Tetapi isteri saya terus marah dan tetap tidak mahu menerima alasan saya.Dia menjerit jerit ,aku kata tak boleh jumpa ,tak boleh jumpa lah,kau faham tak.jangan nak tunggu dah berzina baru nak insafSaya begitu marah dengan ucapannya.

Selang beberapa hari ,saya telah terbaca satu sms dlm h.phon isteri saya yang dihantar kakaknya(Kak Long).JANGAN BIARKAN LAGI,BERTINDAK CEPAT.APA BARANG PUNYA SUAMI MACAM NI.saya begitu kecewa kerana kakak ipar saya menjadi batu api tanpa menyiasat langsung.Saya tlh mnghnar sms kpdnya,TOLONGLAH BERLAKU ADIL,ANDA BELUM PERNAH SEMINITPUN MENDENGAR DARI SAYA,JANGAN MENGHUKUM SEBELUM MENYIASAT

Kak Long terus menghantar sms bertalu talu menghina saya

Pada 31 Julai 08 berlaku satu pertengkaran antara saya dengan isteri kerana isteri marahkan saya yang memukul tapak kaki anak dengan remort tv.Dia lansung tak bertanya sebab anak saya dipukul.Dia kemudian mengugut akan balik ke kampong.Tak tahan dengan ugutan itu,saya berkata NAK BALIK SANGAT,SEKARANG PUN BOLEH BALIK.

Esoknya 1 Ogos hari Jumaat jam 12.00 tengahari ketika saya pulang ke rumah di Bandar Jengka dari ladang getah ayah saya,saya mendapati isteri dan anak anak saya tiada di rumah.Saya telah menelefon dia beberapa kali ,tetapi tiada jawapan.Saya menunggu sehingga petang,dia tidak juga pulang.Saya menelefon kakak dan adik-adiknya mereka semuanya tidak menjawab panggilan saya.

Pada hari yang ketiga saya dimaklumkan oleh Kak Ani rakan isteri saya bahawa isteri saya berada di Melaka mengikut keluarganya.Isteri saya memaklumkan keluarganya akan menghubungi ibu bapa saya untuk mengadukan hal saya kepada mereka.

Pada 3 Ogos 2008 saya dapat menghubungi ayah mertua saya melalui telefon.Saya minta dia mendengar dulu penjelasan dari saya jangan libatkan ibu bapa saya.Saya kata INI MASALAH KECIL SAJA.Ayah mertua saya terus menjawab YA LAH,INI KATA AWAK,ORG YANG KENA MACAMANA?

Jawapannya begitu diluar jangkaan saya.Dia terus membela anaknya tanpa mendengar penjelasan dari saya.Sepatutnya dia yang telefon saya bagitau isteri saya ada bersama dia.Dia juga sepatutnya yang bertanya saya apa masalah yang berlaku.

Untuk mengelakkan perkara itu menjadi besar saya terus pergi ke rumah mertua  bersama sahabat saya Syafie bertujuan memberi penjelasan dan membawa pulang isteri saya.(yang baru pulang dari Melaka)

Dalam pertemuan malam itu bersama ayah mertua,seorang adik ipar dan abang ipar serta kami berdua,mereka menegaskan saya mesti membawa ibu bapa saya datang kalau mahu membawa pulang isteri saya.Saya menjelaskan saya tak mau melibatkan ibu bapa kerana tak mahu melukakan hati banyak pihak.

Saya tentunya nak mengadu akan hal isteri saya.Apakah patut ibu bapa saya mendengar cerita kelaku isteri saya?Sedangkan selama ini saya tak pernah mencerita hal buruk isteri kepada ibu bapa saya.Di tambah lagi apa yang saya nak jelaskan juga berkait dengan sikap isteri saya yang tidak suka kan ibu saya dan sering bersalah sangka dengan ibu saya.Patutkah perkara itu disebut didepan ibu saya?

Masalah ini juga masalah rumahtangga saya.Ibu bapa saya tidak dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal rumahtangga saya.Isteri saya juga pernah mengadu kepada mak saya sebelum ini.Yang perlu mendapat penjelasan sekarang ialah mertua saya yang telah mendengar sebelah pihak.

Saya juga memberi alasan ayah saya seorang yang garang,memanggil dia tak kan selesaikan masalah kerana dia hanya akan memarahi saya dalam keadaan punca masalah tidak dapat dirungkaikan.

Alasan yang saya bagi tidak diterima mereka.Bagi mereka masa nak kawin dulu libatkan ibu bapa,sekarang kenapa nak ketepi ibu bapa.Itulah hujah mereka.Adik ipar saya berkata ini pendirian tegas keluarga mereka.Mereka tidak membenarkan saya membawa pulang isteri.Saya hanya dapat mengambil anak saya .

Sebelum pulang berlaku sedikit pertengkaran dengan abang ipar saya yang berkeras mahukan saya membawa ibu bapa saya.saya kemudian berkata kepada ayah mertua,saya tak mahu orang macam ni ada dalam perbincangan pada masa akan datang.

Esoknya selepas pulang ke Pahang saya dimaklumkan ibu saya,mertua saya telahpun menelefon bapa saya menceritakan keadaan tersebut dan meminta datang ke N.9.Selepas berbincang dengan ibu dan adik saya mereka sepakat tidak mahu campurtangan urusan rumahtangga kami.Ini masalah saya jangan libatkan keluarga.

7 Ogos 08-Saya bersama kawan kawan di Pahang telah mengadakan solat hajat memohon bntuan Allah.Untuk menjaga nama baik isteri saya tak bagitau kawan2 masalah sebenar.Saya hanya sebut ‘ada musibah menimpa saya’.

10 Ogos 08-saya bertemu seorang ustaz mencerita masalah saya.Saya mengaku semua kekasaran yang pernah berlaku.Dia bagi nasihat dan janji akan pergi sebagai orang tengah.

Sebelum pergi Ustaz  telah menasihatkan saya supaya tak perlu membangkitkan kisah kisah lalu apa yang saya tak puas hati pada isteri saya kerana tujuan kedatangan kita ialah untuk membawa pulang isteri saya.Dia nasihatkan saya supaya mengaku aje kesilapan dan meminta maaf

Apabila maklumat ini diketahui isteri saya ,dia telah menghantar sms kepada rakannya Kak Ani supaya memberitahu saya,KALAU DIA(SAYA) BERDEGIL BAWA ORANG LUAR(Ustaz) DAN TAK BAWA MAK AYAH ,DIA AKAN PULANG DENGAN TANGAN KOSONG.

11 Ogos 08 –Saya datang bersama Ustaz  ke rumah mertua di N.9. Saya sempat bertemu isteri sebelum majlis bermula,isteri saya terus menuduh saya mempengaruhi Ustaz  dan tak bercerita perkara sebenar.Dia juga menuduh saya membohongi keluarga saya.

Dalam pertemuan selepas itu antara saya ,Ustaz,bapa mertua,isteri saya dan adik ipar saya,mertua saya berkata, SEPATUTNYA BAWA IBU BAPA,NI DAH LIBATKAN ORANG LUAR YANG TAK PERLU TAHU MASALAH RUMAHTANGGA KAMI.

Saya menjelaskan ,kedatangan Ustaz BUKAN SEBAGAI PEMBELA SAYA TETAPI SEBAGAI ORANG TENGAH YANG TIDAK MEMIHAK KEPADA MANA2.

Dalam pertemuan itu adik ipar saya ada menyebutkan ,KEPUTUSAN KELUARGA MERTUA APABILA ISTERI SAYA LARI DARI RUMAH,SEKIRANYA SAYA DATANG ,JANGAN BAGI MASUK DAN HALAU SAJA,TAK KAN MENDENGAR SEBARANG ALASAN,TAK DIBENARKAN MEMBAWA PULANG ISTERI,MESTI MEMBAWA MAK AYAH DATANG.

(ertinya tanpa mendengar sepatahpun keterangan dari saya,saya telah dihukum oleh mereka)tetapi mungkin kerana malu dengan rakan saya Syafie yang menemani saya ketika itu,maka mereka tak menghalau saya.tapi semua keputusan yang lain telah mereka laksanakan.)

.Dalam pertemuan itu saya pun mengakui salah silap saya dan hanya menyebut sedikit saja kesilapan isteri saya.saya juga menegur sikap adik ipar saya yang telah lama mendengar aduan isteri saya tetapi tidak pernah sekalipun menghubungi saya untuk menyiasat apa yang di dengar.

Ayah mertua saya kemudiannya meminta isteri saya menuntut supaya saya berjanji tak kan berkasar dengannya,menengking atau memarahi.saya jawab InsyaAllah tapi dengan syarat dia jangan selalu memarahi saya.

Selepas perbincanagn saya dibenarkan membawa pulang isteri,tetapi isteri saya masih tak mahu pulang(IANYA DAH BERLAWANAN DGN KPTUSAN PERBINCANGAN) dia juga tak percaya rumahtangga kami akan aman dan menuduh MESTI BERGADUH LAGI LEPAS NI.Selepas puas memujuk akhirnya diapun mengikut saya pulang.

Saya juga bertekad tak kan membangkitkan lagi perkara perkara yang lepas.

16 Ogos-Saya membawa anak isteri bercuti ke Penang dan Perak.
18 Ogos –Ketika singgah di rumah adik saya di Bentong dalam perjalanan pulang dari bercuti di Perak,saya berjanji membawa anak anak mandi di air terjun Chamang ,Bentong.Pagi itu saya terima sms dari adik saya  meminta hantarkannya ke Stesyen KTM Mentakab pada jam 12 tghari.Oleh kerana bimbang tak sempat ,maka saya ajak anak anak saya ke air terjun lebih awal.sampai di air terjun ,airnya sangat dalam dan deras akibat hujan lebat mlm tadi.saya mengajak mereka pulang  dan mandi di air terjun Lubuk Yu ,Anak saya menangis kerana tak dapat mandi.

Isteri saya kemudiannya begitu marah kepada saya kerana membatalkan janji untuk membawa anak mandi .Dia kata,kenapa tak tunggu je petang.saya jawab,saya nak hantar adik dan belum tentu petang air akan surut.Dia tak menerima alasan saya.Dia marah kerana saya dikatakan mengutamakan keluarga dan mengabaikan anak sendiri.saya bertegas saya abang yg tua,apa salah saya bantu adik saya,sbb takde orang nak hantar.Dia mula masam muka dan tak mahu bercakap lagi dengan saya.saya ingatkan dia,JANGAN LUPA SIAPA YANG MULAKAN PERGADUHAN INI setelah hampir dua minggu takde pergaduhan.

Pada sebelah petangnya,badan saya kurang sihat,saya sekali lagi tak dapat bawa anak mandi air terjun .Saya janji esok saya akan bawa anak anak mandi.Isteri saya sekali lagi marahkan saya.Malam itu kami bertekak kembali,bimbang akan berlaku pergaduhan lagi,saya tinggalkan rumah jam 1.00 pagi ,pergi tidur rumah ibu saya.Saya bagitau ibu saya yg kononnya saya dalam perjalanan pulang dari mesyuarat di Temerloh dan terlalu mengantuk.

19 Ogos-saya bawa anak dan isteri ke Lubuk Yu untuk mandi.Sambil sambil tu saya dapat pujuk isteri saya.

22 Ogos –Jumaat.tanpa sebarang sebab isteri saya mengungkit kembali pasal keluarga.Dia tak puas hati lagi bila tau saya nak pergi ambil adik saya  di Stesyen KTM yg baru pulang dari Nilam Puri.Dia juga desak supaya kami berpindah ke Kedah ,untuk jauh dari keluarga saya(tetapi dekat pula dengan 3 adik beradiknya yg tinggal di sana)

Dia juga menyebutkan ,LEPAS NI SAYA TAK PAYAH PERGI RAYA RUMAH ABANG,ABANG PUN TAK PAYAH PERGI KE N9.BARU ADIL

(Walaupun hati saya terluka dgn cara mertua mengadili rumahtangga saya,tapi saya tak pernah kata tak kan pergi ke N9.Tetapi beberapa bulan sebelum isteri saya lari,bila saya dpt tau isteri saya banyak mengadu kpd kluarganya,saya ada berkata TAK NAK PULANG DAH ,sbb malu dgn keluarga.Selepas pjumpaan bersama ustaz,saya menganggap semua yang lepas mesti diabaikan.)

Maka sekarang isteri sayalah yang memulakan kembali permusuhan dengan keluarga saya tanpa alasan yang munasabah.
23 Ogos –saya menghantar pakaian terpakai (yg saya menguruskan jualannya untuk Tabung Amal)ke rumah ibu saya untuk di simpan .

Saya menerima panggilan telefon dari isteri memberitahu ,dia dlm pjlnn pulang ke kampong bersama adiknya Masdi.Dia akan pulang hari Isnin.saya tak sempat bertanya kenapa dia pulang tanpa kebenaran saya.

Saya hantar sms Tanya kenapa dia buat begitu.Dia jawab,KALAU ABANG BOLEH BALIK RUMAH MAK ABANG KENAPA SAYA TAK BOLEH BALIK RUMAH MAK SAYA.

Saya kemudian bertanya kepada Kak Ana rakan isteri saya kalau dia tahu.Kak ana pun tak tau.
Saya telefon ayah mertua bertanya,betul ke Masdi ada mengambil isteri saya pulang.Dia cakap ,tak de.

Kemudian kak ani bagitau saya,isteri saya tipu saya dia ada di rumah.Isteri saya janji nak call semula saya,tapi sampai saya pulang ke rumah dia tak call dan tak minta maaf kerana menipu saya.

Selang beberapa hari saya dimaklum oleh Kak Ana ,isteri saya ada menghantar sms memberitahu AKAN LARI SEKALI LAGI KALAU SAYA MENGHANTAR ADIK SAYA KE AIRPORT untuk sambung pelajaran ke Acheh pada minggu tersebut.Bimbang takut dia lari,Kak ani bagi tau ibu saya supaya carikan org lain untuk hantar adik saya.

Ibu saya juga melarang saya hantar adik saya kerana nak jaga hati isteri saya.

25 Ogos-Adik saya berlepas ke Acheh dari terminal LCT.Saya tak hantar dia ke airport.
(Adik saya ini banyak membantu saya dlm kewangan kerana dia mendapat pinjaman tabung pendidikan Negara dan yuran pengajian nya di KIAS Kelantan adalah murah berbanding pinjaman yg dapat adalah melebihi)

12 Sept(Jumaat) 12 Ramadhan.Saya bersama isteri ke Seremban kerana ada jemputan tazkirah ramadhan di beberapa buah surau.Lepas tarawikh,kakaknya(Kak Long) dari Shah Alam singgah di Seremban dlm pjln pulang ke Palong.Isteri saya ikut pulang bersama anak.

14 Sept Ahad.Selesai tarawikh di Seremban ,saya menelefon isteri bagitau akan singgah Palong untuk bawa mereka pulang.Isteri pesan ABANG TUNGGU TEPI JALAN JE,TAK PAYAH MASUK RUMAH.
(Dia tak ajak saya masuk rumahnya supaya dia ada alasan tak pergi rumah saya)

Jam 1 pagi saya sampai di rumah mertua.Anak sudah tidur ,saya masuk juga ke rumah untuk mengangkat anak.

Selepas beberapa hari pulang,isteri saya bagitau ,ibunya ada menelefon dan beritahu saya tak salam dan tak jawab teguran mak dia ketika mengangkat anak.
Saya bg tau isteri saya,sebenarnya mak yang tak dengar jawapan saya ,kerana saya bercakap agak perlahan malam itu.dan saya memang tak bersalam ,tanpa niat membencinya.Pernah juga sebelum ini saya terlupa bersalam,tapi kenapa tak jadi isu?Isteri mengatakan saya KURANG AJAR DENGAN MAK NYA.

Saya personal kenapa mak dia mengadu pada isteri saya.Kami dlm keadaan rumahtangga yg masih ada masalah.Adakah dengan aduan mak mertua saya itu akan menambahkan kasih saying kami suami isteri.saya kecewa sekali dengan mak mertua saya,mereka tambah lagi masalah dalam keluarga kami.Mereka bukan cari jalan nak mendamaikan,tapi tambahkan lagi kebencian suami isteri.
Isteri saya juga ada bagitau,dia sudah baca mesj yang saya hantar kepada Kak Long berkaitan dirinya.dia begitu marah.

(saya ada mnghantar sms kpd kakaknya menceritakan sbb saya selalu bergaduh dgn isteri adalah kerana mulut isteri saya yg tak pandai di jaga.saya tulis KAK LONG KATA MAS(isteri saya) LEMBUT,TAPI K.LONG PRLU TAHU KNP ADA GURU2 ABIM DI SEREMBAN(tmpt isteri sy ngajar sblm kawin)DULU TAK SUKA DGN DIA,KNP ADIK ANGKATNYA PUTUS HUBUNGAN,KNP ADA IBU BAPA PELAJAR HENTIKAN ANAK (dr kelas KAFA yg kami usahakan) SEMUANYA KRN MULUT DIA.NAMPAK LEMBUT TETAPI LIDAHNYA BISA DR ULAR.

Tujuan saya hntr sms itu ialah supaya Kak Long tahu akan kelemahan adiknya itu supaya dia boleh berlaku adil,jangan hanya nampak kesalahan saya.nasihatlah adik dia pula.Tapi lain yg saya harap lain yg terjadi.Mesej tu jadi peluang untuk mereka tambah kan kebencian isteri kepada saya.Kak Long bukan bagi nasihat tapi tunjukkan sms tu kepada isteri yang menambahkan lagi kemarahannya.Sekali lagi Kak Long jadi batu api.

Saya menelefon Kak Long menegur tindakannya .saya juga tegur sikap mak mertua.Saya tanya Kak Long ,adakah ini caranya mendamaikan dua orang yang bergaduh?Dia jawab KAK LONG PELIK KNP ASYIK BERGADUH AJE,K.LONG TAK NAK CAMPUR RUMAHTANGGA Awak.(kalau tak campur kenapa tunjukkan mesej tu pada isteri saya?)

Saya ada menelefon ayah mertua saya supaya dia menasihatkan isteri saya yang masih buat hal.Saya juga tegur sikap ibu mertua dan Kak Long.Ayah mertua saya tiba tiba mengungkit kembali perjumpaan dengan Dato Tuan.Dia kata,KALAU BAWA MAK AYAH DATANG DULU SELESAI MASALAH,TAPI DAH BAWA ORG LUAR,SBB TU TAK SELESAI.Tak de pulak dia akui kesalahan ibu mertua saya .Masih lagi dia tak hormat keputusan yang dah dipersetujui .tak sedikitpun dia komen tentang isteri saya.

Pada 27 sept-Isteri saya memaklumkan dia akan pulang beraya bersama adiknya Masdi yg kebetulan berada sekitar Jengka ketika itu.

Sebelah petang,saya dapat maklumat Masdi datang bersama ayahnya,mertua saya.saya Tanya isteri,knp dia cakap nak tumpang adik dia,tapi kenapa ada ayah pula.Dia jawab adiknya tak jadi berurusan di Pahang,dia minta mereka datang ambil.saya marah kerana dia pandai pandai meminta adiknya datang dari jauh.Saya boleh hantar kalau dia nak beraya di kampong.

Dia juga pesan pada ayahnya jangan masuk ke rumah saya .Tunggu je di hujung kedai.saya tegur lagi kenapa tak panggil ayah masuk rumah.Dia jawab,nak jumpa ke.saya kata,orang datang dari jauh kenapa tak pelawa masuk.Dia jawab ,kalau buat kurang ajar dengan orang tuanya baik tak payah masuk.Berlaku lagi beberapa pertengkaran yang saya tk ingat.

Saya ada ingat kan dia AWAK JANGAN DERHAKA PADA SUAMI .LAKNAT ALLAH KAMU TERIMA.
(Saya bukan MELAKNAT isteri saya,tetapi mengingatkan balasan Allah ke atas isteri yg derhaka.saya percaya isteri saya telah bagitau keluarganya kononnya saya telah melaknat dia.Dia juga ada sebut selepas pulang ,suami apa macam saya ni sanggup laknat isteri.saya tak de bukti dia mengadu,tapi lazimnya perkara kecilpun dia adu dan putar belit,apatah lagi ada point besar seperti ini)

Saya keluar dari rumah pergi bertemu ayah mertua dan adik ipar yang parking kereta jauh dari rumah saya.Ayah mertua terkejut dengan kemunculan saya.Muka nya berubah,mungkin malu kerana datang menyorok nyorok.Saya terus berkata,saya sebagai suami tak tau pun isteri saya suruh adiknya dan ayahnya datang.Saya juga pesan pada ayah mertua ,tolong nasihat isteri saya,dia suka mengungkit perkara yang sudah lepas.

Sepantas kilat ayah mertua saya menjawab ,APA PUNCANYA?MUNGKIN PUNCA PADA Awak!.Jawab saya ,SALAH SAYA JUGA!Cepat sungguh ayah mertua membela anak sendiri dan meletakkan kesalahan pada menantu .

Saya kata lagi,isteri saya ni degil sebab tak de orang marah padanya.Ayah mertua terus membela,SELALU(AYAH)MARAH!.saya jawab macamana ayah marah sedangkan ayah tak tau pun salahnya(Sbb mertua saya tak dengar lagi penjelasan saya)Isteri saya kemudiannya pulang dengan anak lelaki saya,dan anak perempuan ditinggalkan bersama saya beraya di Jengka.

Beberapa hari isteri di kampong saya tak dapat hubungi dia.
5 Okt 08-Saya jangka isteri saya akan pulang pada hari itu,kerana esoknya sekolah dibuka.saya menelefon beberapa kali bertanya bila isteri saya nak pulang ke Jengka,saya nak ambil di stesyen Bas Temerloh.Tetapi tak de jawapan.

Akhirnya saya dapat hubungi abng ipar saya (Abang Ngah) dan bertanya mana isteri saya.Dia jawab,ABANG NGAH TAK TAU,ABNG NGAH KAT TEMPAT KERJA.Saya bagi tau saya dah banyak kali hubungi dia tapi tak dapat.akhirnya abng ngah mengaku,memang dia tengah bawa isteri saya bersama mak ayah dalam perjalanan pulang ke Pahang.tapi dia tak bagi tau dah sampai kat mana.saya juga pesan supaya bila dah sampai singgah di rumah keluarga saya di Jengka  sambil beraya

(Saya heran apa yang dia nak sembunyikan,mengaku kat tempat kerja,tiba tiba mengaku pula tengah drive kereta bawa isteri saya.Selepas pulang isteri bagitau dia yang suruh tipu,abangnya ikut saje kehendak isteri saya)

Pada masa yang sama kak Ana ada bagitau saya,keluarga isteri saya ada hubunginya mengajak ke rumah saya utk bjumpa dgn mak ayah saya,itulah sebab mereka rahsiakan kedatangan mereka,mereka tak mahu saya hadir sekali dalam pertemuan itu,kerana mereka tentunya nak adukan kononnya ‘kelakuan buruk’ saya pd keluarga,biar keluarga tahu.

Selepas menunggu beberapa lama,akhirnya isteri dan anak lelaki saya sampai di rumah.Keluarganya dah tak ade.saya Tanya anak lelaki,MANA ATUK?Dia jawab atuk dah balik.Saya terus bergegas ke rumah mak saya kerana menyangka mereka akan ke sana .Puas saya tunggu mereka tak sampai.Kemudian kak Ana bagi tau,mereka tak jadi singgah dan terus pulang,sebab isteri saya bagi tau keluarganya saya mengekori mereka.

(Hati saya begitu marah sekali,mak saya yang tunggu dan siapkan minuman di rumah begitu terasa sekali dgn tindakan mertua saya.Mereka boleh ikut apa jua kemahuan isteri saya tanpa berpikir panjang.Kalau mereka nak eratkan hubungan mereka sepatutnya singgah,di tambah lagi saya sendiri yang menelefon dan mempelawa mereka.Kalaupun tujuan mereka untu mengadu masalah saya,mereka boleh tukar tajuk lain kalau saya ada bersama.Tentulah hubungan ini semakin baik.)

Bimbang takut bergaduh dengan isteri ,saya tak pulang ke rumah pada hari itu.





Tidak lama selepas itu isteri saya mengajak lagi kami berdua pergi berubat.Dia begitu yakin pergaduhan yang berlaku adalah kerana saka/jin.Saya selalu berhujah ,pergaduhan kita bukan salah jin.Kalau isteri saya boleh hentikan tabiatnya yang suka komplen,jangan menuduh,pergaduhan tak kan berlaku.Pergaduhan berlaku kerana ada saja yang dia tak puas hati dengan saya.Bukan saya yang mulakan memarahi dia.

Untuk menjaga hatinya saya pergi juga bersamanya bertemu seorang Pengamal Perubatan Islam,Ustaz Mad di Sg Tekam.Dalam rawatan Ustaz mad,dia dapati tak de pun tanda tanda gangguan jin/saka pada kami berdua.Dia nasihatkan isteri saya jangan mudah percaya dan berpegang dgn cakap bomoh.Dia sekali lagi terkejut dengan pandangan Ustaz Mad,jauh berbeza dengan pandangan dua bomoh sebelum ini.Untuk beberapa minggu dia mendiamkan diri.

19 Okt 08-Satu jamuan raya penduduk Jengka diadakan di Masjid Lama Bandar Jengka.Isteri saya hadir bersama anak-anak.Apabila dia ternampak ibu saya dia cepat cepat meninggalkan majlis kerana tak mahu berjumpa ibu saya.Bila pulang ke rumah dia bagitau dia tak nampakpun ibu saya.Tapi anak anak bagitau isteri saya duduk dekat dengan Opah(Mak saya) tapi dia tak nak berjumpa dan bersalam.Mak saya tak pernah pun cerita hal ini kepada saya.

Pada hari itu juga dia singgah di rumah kawan saya yang bersama sama pergi berjumpa Ustaz Mad.Kawan saya ada bercakap dengan isterinya,pada pandangan dia diri saya memang ada jin.Perkara itu disampaikan isterinya kepada isteri saya.Dia pun mendapat modal baru yang menguatkan alasannya selama ini bahawa saya sememangnya mempunyai jin.

17 Nov-Cuti penggal-Isteri dan anak anak saya pulang ke kampong menaiki bas.saya pesan,jangan lama sangat,nanti nak balik raya haji pula.Seminggu cukuplah.

22 Nov-saya hubungi isteri,ingatkan dia supaya balik esok 23 Nov,saya akan ambil di Temerloh .
23 Nov-Ahad-Saya telefon tanya dia dah sampai mana?Dia jawab dia tak mahu balik lagi.Nak balik hari Rabu.Saya kata tak pe,saya pergi ambil kat kampungnya.Dia pesan tak payah datang ambil.saya pun bimbang kalau saya pergi saya akan bergaduh di rumah mertua,maka saya pun tak pergi ambil,dan hantar sms minta selewat lewatnya dia balik pada esoknya,Isnin.
24 Nov –Isnin-saya telefon lagi tanya dia dekat mana,dia jawab masih kat rumah,tetap akan balik pada hari Rabu.saya pun marahkan sikap dia,dia lawan balik,
26 Nov –Dia balik dengan anak lelaki saya.Anak perempuan saya di tinggalkan di sana.saya tak marah sebab nanti dia nak balik lagi.
27 Nov-Saya sakit tekak kerana tyroid yang dah lama saya hadapi.Saya bagitau nak ke klinik.Dia berleter kat saya,tak payah pergi takut kena operet.Berubatlah cara tradisional.Saya pertahankan tindakan saya,saya cakap,dah banyak kali cuba cara tradisional,lambat,cuba pulak cara moden.

Dia jawab,kalau jadi apa apa dia tak mahu jaga saya.Saya kata ,pergilah(masa tu dia nak keluar ke kedai,saya tak mahu bertengkar)Tiba tiba dia marahkan saya kerana kononnya saya meninggikan suara.saya jawab,saya tak tinggikan suara,itu memang dah suara saya.saya bukan marah.

Tak lama selepas itu saya ada terbaca mesej yg dia hantar kepada adik iparnya Sakinah,BORING ASYIK BERGADUH JE,SEMALAM SANGGUP TAK MARAH TINGGALKAN SYUHADA SBB NAK ‘BENDA’ TU.SEKEJAP JE BAIK.

Saya kesal sekali ,hal rumahtangga dan dalaman cepat sekali di adu kan pada orang luar.saya juga ada terbaca mesej dia meminta alamat adik iparnya untuk di pos perca kain.saya mengesyaki dia nak guna bomoh.Esoknya bila saya tau dia nak pergi pejabat pos,saya yang nak keluar sebentar ke kedai bertindak mengunci pintu diluar bimbang takut dia pergi pos kan perca kain itu.
Baliknya dia marahkan saya,dia kata dia nak usaha bagi baik.Saya jawab ,boleh tapi bukan urusan dengan bomoh,saya suruh pesan pada adik dia supaya jumpa alim ulama di Kedah minta tolong solat hajat,jangan asyik dengan bomoh je.

Dalam masa beberapa hari saya ada memujuk isteri supaya datang ke rumah mak,perbaiki hubungan,Tetapi dia terus enggan.

27 Nov –malam-saya ada telefon ayah mertua minta jasa baiknya menasihati isteri saya yang tak mahu ke rumah ibu saya.Ayah mertua saya pada mulanya mendengar cerita saya,tetapi akhirnya dia naik marah kerana asyik cerita tentang anaknya.Dia mula membela anaknya,dia kata ,adillah isteri saya tak pergi rumah mak saya,saya tak pergi rumah mertua.saya jawab,itu bukan keputusan saya,tetapi isteri yang nak kan begitu dan saya tak setuju.Dia kemudiannya mengungkit lagi pasal pertemuan dengan Ustaz dulu.katanya kalau ada mak ayah tentu tak jadi macam ni.Nampaknya dia tak faham juga alasan saya.

Sekali lagi saya terpaksa menjawab,tindakan saya bawa Ustaz Tuan yang dikatakan orang luar adalah supaya dapat berlaku adil,sebab dia benar benar berkecuali.Ibu bapa tak boleh jadi orang tengah sebab mereka berpihak kepada anak masing masing.Maka ,betullah tindakan saya itu.

Ucapan saya menambahkan marah dan ego mertua saya.Dengan nada kasar dia berkataINI TAK BETUL,SENANG KALAU ENGKAU TAK BOLEH JAGA ANAK AKU ENGKAU HANTAR BALIK!Saya cukup terkejut dengan ucapan mertua saya.Saya tanya ayah suka ke(kami berpisah),dia jawab DAH TAK DE JALAN DAH NAK BAIK(Berpisah je lah)Saya kata ,apa usaha yang dah buat untuk baiki hubungan kami selama ini.

Akhirnya dia tutupkan handpone nya.Saya benar bnenbar kecewa,tergamak dia kata begitu.Dia lebih suka kami bercerai,sedangkan tak de pun usaha untuk bagi elok.

Saya kemudiannya menelefon adik ipar saya Mohammad di Kedah,mengadu hal kakaknya dan sikap ayah mertua saya.Mohammad mengaku maklumat yang saya sampaikan tak sama dengan yang diberi oleh kakaknya(isteri saya) dan dia berjanji akan jadi orang tengah dan tak memihak kepada mana mana.Dia janji akan ada pertemuan dengan saya bila saya pulang dari program korban di Kemboja.

Dari tarikh itu hinggalah 6 Dis,hubungan saya dengan isteri baik,tak de pertengkaran.Kami dah setuju nak pindahkan anak anak ke SK Jengka 16 yg selalu sdapat pencapaian cemerlang dlm UPSR.Kami juga merancang untuk menyewa di rumah baru yang lebih selesa.Dalam beberapa hari sebelum ke Kemboja,saya ada membawa isteri round kawasan perumahan sekitar Bandar Jengka untuk mencari rumah sewa baru.Rumah sewa kami sekarang kurang selesa kerana terletak di atas rumah kedai yang kami jadikan kelas Fardhu Ain.

Dalam beberapa hari itu saya juga lihat isteri saya tak banyak komen sangat dan lebih berbudi bahasa.Bila dia nak keluar dia akan maklumkan kepada saya.

6 Dis 08-Saya akan berangkat ke Kemboja untuk urusan korban bersama adik saya dan 13 orang yang lain.Isteri dan anak saya akan ditinggalkan di kampungnya Felda palong 5.Dlm perjlnn dari bandar Jengka saya singgah di rumah mak saya untuk menurunkan barang yang ada dalam bonet kereta.Isteri saya tak mahu ikut sekali ke rumah mak saya.Dia minta turun di simpang jalan masuk ke rumah.saya tak mahu berhenti kerana tak mahu ibu saya terasa hati,tentu dia akan tanya mana isteri saya,apa yang saya nak jawab.Saya teruskan juga ,isteri saya mula marahkan saya dan cuba untuk turun,tapi tak berani.Saya terus bawa sampailah di depan rumah dalam keadaan saya langsung tak marah apa juga yang dia katakana.Dia kata saya paksa,saya jawab,tak pa benda baik apa salahnya.Sampai di rumah,dia kata saya nak malukan dia,saya jawab perlahan ,saya tak niat begitu,turun je elok2 jumpa mak,salam.Dia dengan marah turun dari kereta dan berkata dia akan cerita semua perangai saya pada mak.Saya jawab tak pe,ceritalah saya tak marah.Dia naik atas rumah dan salam dengan mak saya,lepas tu terus turun duduk dalam kereta.

Dalam perjalanan dia tak bercakap dengan saya.adik lelaki saya yang nak Kemboja tumpang sekali kereta saya.samapai di bahau saya turunkan dia di Hentian Bas,abang dia dah menunggu dengan kereta.saya nak bagi duit tapi dia kata tak payah lah.Saya pun bersalam dan terus ke Airport LCCT.

11 Dis-Saya bertolak pulang dari Phnom Penh ke KL.
12 Dis -1 pagi sampai di rumah mertua adik saya,Bukit Lada.Lagi 35 km ke Bandar Jengka.saya tidur di rumah nya.
Siangnya saya pulang ke rumah .Cuba hubungi isteri tapi tak berjawab.saya hantar sms tanaya kenapa banyak kali call tak jawab.
13 Dis Sabtu-11.38 PAGI:Ketika berada seorang diri di Masjid Jengka 11,saya terima sms dari isteri:SALAM..MAAF !KITA DAH TAKDE APE2 HUBUNGAN LAGI.MEMANDANGKAN ANTARA KITA TKDE PESEFAHAMAN LG.MAS DAH TAK SANGGUP BEGADOH HARI HARI ATAUSELALU.DAH TAK SANGGUP BERGELOMANG DOSA.ABANG PUN MASIH DENGAN SIKAP ABANG YANG PANAS BARAN DGN MAS DAN ANAK 2.CUKUPLAH SETAKAT NI SAJE PERKAHWINAN KITA.KASIH SAYANG,HORMAT MENGHORMATI DAH TAKDE LAGI.SEKARANG DLM PROSES TNTUTAN FASAKH.INI KEPUTUSAN MAS SENDIRI

Saya terkejut,apa lagi kekasaran yang saya buat?saya cuba tenangkan fikiran ,saya solat sunat dan baca Yasin.Saya tak balas mesej dia bimbang lebih mengguris perasaan.

Saya cuba hubungi Kak Long beberapa kali.tak berjawab.saya hantar sms minta kak long jawab panggilan saya.saya terima sms JAM 12.00 TGHARI:PAK CIK ,NI SITI(anak k.Long) ,MA DGN ABH TK DE RMH SKRG NI PEGI KEDAI BELI BRG.TEPON TGL.

Jam 1.00 saya cuba lagi hubungi,tapi juga tak berjawab.Kemudian saya terima lag isms jam 13.02:MAAF BUAT MASA NI K.LONG TK BLEH NK CKP APE2  PSL MAS.TEL LA SNDIRI,SELESAIKAN SENDIRI DGN DIA.KAMI TAK PERNAH DESAK ATAU PAKSA DIA BUAT KEPUTUSAN TP ITU DR HATI DIA SNDIRI,KAMI TK BOLEH BUAT APA2 SBB DIA DAH NEKAD.

Saya cuba bersabar,sampai hati telefon pun tak nak jawab,saya balas;TERIMA KASIH SAYA TAK DE APA APA ULASAN.

Dlm masa yang sama saya cuba hubungi adik ipar saya Mohamad yang janji nak jadi orang tengah .Berkali kali panggilan tak dijawab juga.saya hantar sms:MAD KALAU FREE TLG MISCALL.saya tak dapat jawapan sampai hari ni.

14 Dis Isnin;Saya terpaksa berterus terang dengan mak saya bahawa isteri saya tak mahu pulang lagi.Saya minta sekali untuk mak saya bekorban dlm keadaan dia sakit dipercayai demam Chikungunya,saya ajak dia pergi pujuk isteri saya di Negeri Sembilan.

Hari itu kami pergi dengan adik lelaki saya sampai dirumah mertua sekitar jam 12.30 tghari,rumahnya kosong dan berkunci.

Saya terus ke rumah abang ipar saya yang juga letak .Dia bagitau ayah dan emak pergi kenduri di Melaka.Dia rasa isteri saya dan anak anak tak de bersama mertua saya.dia dapat berita mereka dah pergi ke Kedah bersama adik adik ipar saya.

Jam 2.30 mertua saya pulang.Saya memulakan perbincangan meminta mertua saya mencerita apa yang terjadi.Dia bagitau mereka dah buat tuntutan fasakh di mahkamah kerana saya tak berubah.saya tanya bila mereka siasat saya,Kenapa langsung tak tanya.Ayah mertua saya tak jawab.Dia hanya mengungkit benda yang dah lama berlalu,katanya saya pernah pukul misteri waktu mengandung,saya sendiripun tak tau.

Adik saya berkata,benda yang dah lepas dan dah di akui bersalah oleh saya sepatutnya tak perlu dibangkitkan.saya mempersoalakan mertua saya yang terus menerima apa saja ckp isteri saya tanpa menyiasat.

Ibu mertua saya yg mulanya agak kasar menyalahkan saya akhirnya berlembut.akhirnya saya minta ayah mertua memujuk kembali isteri saya untuk menarik mkembali tiuntutan fasakh.saya ajak dia pergi sekali ke Kedah untuk mengambil isteri saya.Dia tak menjawab dan nampak keberatan.dia menyuruh saya pergi sendiri ke Kedah memujuk isteri saya.

Mak saya turut mempersoalakan tindakan ipar ipar saya yang membawa isteridan anak anak saya untuk di sekolahkan disana dalam keadaan saya masih hidup,mereka sesuka hati mengatur anak isteri saya.

Saya juga kata kpd ayah mertua saya,SEBENARNYA AYAH BERSETUJU ATAU TIDAK DIA BUAT TUNTUTAN FASAKH.Dia jwb TAK SETUJU.Saya tanya lagi,KALAU MASHITAH NAK FASAKH TAPI KELUARGA TAK SETUJU ADAKAH DIA AKAN TERUSKAN JUGA.Dia jawab;TAK.Saya kata lagi,KALAU BEGITU DIA TUNTUT FASAKH KERANA DAPAT SOKONGAN KELUARGA,KALAU ATAS ALASAN SAYA PERNAH PUKUL KENAPA DARI DULU DIA TAK PERNAH TUNTUT FASAKH KETIKA DIA KENA PUKUL,DIA TAK PERNAH REPORT POLIS,PEJABAT AGAMA WAKTU BERGADUH,INI MENUNJUKKAN ADA CAMPURTANGAN LUAR.RUMAH SAYA DEKAT BALAI POLIS DAN PEJABAT KADHI,DIA BOLEH PERGI BILA BILA DIA NAK.TAPI DIA TAK BUAT.

Saya juga ingatkan ayah mertua saya bahawa dia ada berkata kepada saya sebelum saya ke Kemboja,KALAU ENGKAU TAK BOLEH JAGA ANAK AKU ,ENGKAU HANTAR BALIK.MOHAMAD JUGA BAGITAU AYAH SURUH BALIK UTK BINCANG RUMAHTANGGA KAMI.Ayah mertua saya terdiam.

Saya kemudiannya pulang ke Jengka dengan rasa kesal di atas sikap lepas tangan mertua saya.Adik saya kemudiannya menyarankan saya membuat report polis di atas tindakan ipar saya yang membawa isteri dan anak anak saya tanpa izin ke Kedah.

15 hb Dis saya buat dua report polis di Balai Polis Bandar Jengka 1.Tindakan isteri saya yang selalu keluar tanpa izin 2.Tindakan ipar ipar yang bawa isteri saya ke Kedah.

19 hb Dis Jumaat saya bersama mak pergi ke Parit Panjang ,Baling Kedah untuk mencari isteri dan anak anak.

3.30 petang saya terus ke rumah Masdi Musa adik isteri saya yang saya syakki isteri saya berada di situ.saampai dirumah ,keretanya tak de,anaknya menjenguk ditingkap dan menjawab salam saya.Dia memanggil ibunya ,tapi lama kami tunggu pintu tak dibuka.saya keliling rumah ketuk tingkap,dinding,dan panggil nama Syida isteri Masdi,tapi tak menyahut.Jiran sebelah tolong telefon Syida,dia kata dia tengah bersiap,kami tungu lagi,tapi dia tak juga buka pintu.

Saya cukup hairan ,mereka tak bersalah kenapa takut berjumpa kami.saya bawa ibu saya bukan nak bergaduh,dia nak jumpa menantunya dan cucunya,saya nak jumpa anak dan isteri.

Kami meninggalkan rumah Masdi dengan rasa kecewa.terus ke rumah Mohamad.Dia dan keluarga tiada di rumah.Kami pergi ke pondok mereka bersebelahan Tahfiz Misbahul Munir,terjumpa adik bongsu isteri saya ,Hanafi.

Mukanya cukup bengis hari tu.saya tanya MANA KAK CIK(isteri saya)?Dia jawab TAK TAU,Saya kata TAK KAN TAK TAU KUT?Dia jwb lagi SUNGGUH TAK TAU,DAH TENGOK RUMAH MASDI?Saya jawab DAH,TAK DE ORG.Dia ckp lagi;HARI TU MEMANG ADA ,TAPI TAK TAU DAH PEGI MANA NAIK BAS.

Saya mula syak dia menipu,lalu saya berkata SAYA DATANG ELOK ELOK JANGAN BUAT MCM NI.dia mula melenting,DULU KENAPA TAK NAK BINCANG ,KENAPA TAK BAWA MAK AYAH,BAWA ORANG LUAR NAK BAGI MALU!(MALU KELUARGA)

Dia mengungkit lagi perkara yang dah selesai.saya kata,ENGKAU DENGAR SEBELAH PIHAK,TAK SIASAT.Berlaku pertengkaran .Dia terus menghina saya ,ENGKAU TAK LAYAK JADI SUAMI,ENGKAU SAPE!

Saya begitu sakit hati dengan perangai ipar saya yang pada mulanya saya harap dia tak campur tangan.Bimbang takut jadi pergaduhan,sahabat saya yang juga ada menemani saya terus mengheret saya ketepi dan menenagkan saya.Ibu saya yang berada di situ tak dapat tahan perasaannya,dia menangis sepuas hati dan rasa cukup lemah semangatnya.

Kami terus mengadu nasib kepada Tok Guru Pondok Lanai,Ustaz Awang.Beliau minta org carikan ipar saya dan buat pertemuan lepas Isya di Masjid Parit Panjang

Lepas Isya kami tunggu sampai 9.40,adik ipar saya tak kelihatan.Ustaz Awang dan Ajk Qariayah pulang ke rumah.Tiba tiba muncul Masdi dan Hanafi.Dia berjumpa dgn beberapa orang kampong dan bagitau isteri saya tak kan balik bersama,dia nak jumpa di mahkamah.Saya kesal sungguh,dia masih isteri saya.Mahkamah belum pisahkan kami.Saya kesal juga kerana dia bukan datang untuk berbincang tapi hanya bagitau keputusan isteri saya.

Selepas dia meninggalkan kami,Setiausaha qariyah terus menghubungi OCS Kupang Tuan Omar.Tuan Omar datang jam 11.30,berbincang dan menyarankan saya membuat report di Balai Polis Kupang pagi esok.Dia akan mengarahkan mereka hadir ke balai.

20 Dis-9.30 pagi saya hubungi OCS Kupang memberitahu akan ke balai polis sekarang,Dia kemudiannya terus menghubungi Masdi dan meminta masdi membawa isteri dan anak anak saya ke balai Polis.Jam 10.00 saya buat report penculikan .

Hingga jam 12 mereka tak muncul muncul.OCS Tuan Omar beberapa kali cuba menghubungi Masdi tetapi tidak dapat di hubungi.Dia mengarahkan pegawainya pergi mencari di rumah Masdi.Pegawai bagitau Masdi tiada.

Sehingga Zohor ,mereka tak muncul.akhirnya kami putuskan untuk meninggalkan balai.Tuan Omar nasihatkan saya hantar dulu mak saya pulang ke Pahang,datang semula lain kali.

Kami terus ke Alor Star untuk singgah di rumah sahabat saya.dalam perjalanan,Tuan Omar hubungi saya sekitar jam 2.30 ptg bagitau,Masdi ada datng dengan anaknya.Isteri saya tak de bersama.Dia pulang bila tengok kami tak de.saya agak memang dia dah rancang begitu.

Kami kemudian ke Jitra bertemu seorang guru pondok minta dia doakan agar isteri saya kembali.

21 Dis saya hubungi Ustaz Fauzi yang tinggal di Smpg Empat kangkong bertanya tentang adik ipar saya yang isterinya berasal dari Smpang Empat kangkong.Dia bagi tau ,dia ada nampak Mohamad,adik ipar saya di rumah mertuanya di Kuala Kangkong.Saya terus pergi mencari di situ kalau kalau isteri saya ada di situ.Tetapi tak de orang.

Kami pun pulang ke Pahang.

24 Dis saya memang bersungguh nak selamatkan rumahtangga saya.Saya menghantar surat kepada ayah mertua saya mohon jasa baik dia untuk bekerjasama.Saya tak pasti surat itu dia terima atau tidak.surat itu saya pos expres.Tetapi sehingga hari ini,mertua saya tak pernah pun hubungi saya.saya berkali kali telefon sebelum ini tak pernah di jawabnya.

Saya juga ada menghantar sms kepada isteri dengan bahasa yang lembut mengingatkan dia agar kembali ke rumah.saya ingatkan dia tentang dosa yang sedang dia lakukan.saya tak terima apa apa balasan darinya.

31 Dis 08-saya sekali lagi pergi ke Kedah untuk mencari isteri saya bersama dengan beberapa orang sahabat.

1 jan 09.saya ke rumah masdi,tapi tak de di rumah.Jirannya bagitau dia balik ke N.Sembilan.Saya singgah di rumah jiran Mohammad dan meminta jirannya memanggil Mohammad untuk berbincang.Dia bagitau dia hanya akan berbincang jika Ustaz awang ada bersama.Kebetulan Ustaz Awang tak de.Kami pulang dengan tangan kosong.

9.30 mlm Saya seorang diri kemudian terus ke Negeri Sembilan
2 Jan 09 –jam 4.00 pagi,saya meninjau rumah kak long di Shah Alam,kalau kalau isteri saya ada di situ.tapi saya tak nampak sebarang kasut di luar pintunya.

Jam lebih kurang 1.40,ketika Khutbah Jumaat saya masuk ke rumah mertua saya di Palong 5,anak dan isteri serta mak mertua ada di situ.saya minta nak ambil anak,saya hanya di serahkan anak perempuan seorang untuk di bawa pulang.saya mengingatkan isteri tindakannya lari adalah salah.Dia tak percaya dengan cakap saya ,Dia kata dia orang kata boleh.saya tanya sape diaorang tu.Dia tak jawab.adik adiknya lah yang kata boleh.mak mertua saya cuba pertahankan isteri saya.Dia kata Kau tunggulah mahkmah buat keputusan apa.saya jawab,saya belum bercerai,ni isteri saya,salah kalau dia tak pulang,saya boleh ambil tindakan undang-undang.

Mak mertua juga kata,dia orang dah beli baju sekolah nak sekolah di Kedah,kau ambil buat ape?saya jawab,sape suruh sekolah di sana,saya ayah mereka,sape suruh pandai pandai.

Saya cakap pada isteri kalau dia tak percaya,sila telefon polis sekarang suruh polis datang.Dia tak mahu.saya bagitau saya dah tanya Pejabat Agama,Mahkamah,Peguam,Ustaz Basit,Ustaz , Ustaz Taib azamudin,saya bukan nak menipu.

Selepas gagal untuk mendapatkan anak lelaki saya,Saya kemudian meninggalkan rumah mertua bersama anak perempuan saya.

SEKIAN

Catatan
1.Isteri saya begitu mudah percaya cakap orang lain,tapi tak percaya suami sendiri.dia benci pada mak saya kerana terhasut dengan cakap orang kononnya mak saya tak suka kan dia.

2.Dari awal kawin dia mudah terasa.Kalau adik beradik saya tak tegur dia dia anggap mereka tak hormat dia.Ade saja yang tak kena dengan adik beradik saya.Sedangkan mereka tak pernahpun cerita buruk berkaitan isteri saya.

3.Dia juga seorang yang suka percaya dengan ramalan bomoh.Ketika kakaknya sakit kaki dia yakin benar dengan dakwaan bomoh kakaknya tersepak makhluk asing(jin)

4.Suatu berita yang dia terima jarang di siasat,dia suka berhujah dengan andaian dan prasangka bukan fakta

5.saya selalu akui kelemahan yang ada seperti cepat marah,kasar dll.tetapi sejak setahun ini saya tak pernah mulakan marah pada dia.Petengkaran yg berlaku bila dia memarahi,menuduh saya.saya hanya nak pertahankan diri.

6.masalah yang sering dibangkitkan ialah saya suka meninggikan suara.saya selalu jelaskan saya tak berniat nak tinggikan suara,tapi itu lah suara saya yang memangnya kuat ,rakan rakan lain cukup memahami.ayah,mak dan adik adik saya kebanyakkan nya bersuara agak tinggi.Alasan saya tak pernah di terima.

7.bapa mertua saya dari awal perkahwinan lagi suka sibuk hal rumahtangga anak menantu.Ketika isteri saya nak lahirkan anak pertama,dia datang minta serahkan isteri saya untuk mereka jaga.saya tak setuju tapi isteri saya ikut cakap keluarganya.

8.Mertua dan ipar saya juga suka bagi bantuan kewangan yang banyak pada isteri saya,sedangkan saya tak pernah minta pada mereka.Setiap kali raya mereka belikan baju raya anak,saya bukannya tak mampu ,tapi tak suka bermewah mewah seperti mereka.saya sendiri hidup ala kadar sahaja,tetapi tidak lah kelihatan miskin.Tindakan memberi duit yang banyak pada isteri saya menyebabkan dia rasa begitu terhutang budi,dan pernah mengungkit hal itu bila saya bergaduh dengannya.

9.Isteri saya suka menyebelahi anak sama dengan keluarganya.Bila anak saya mengadu tentang rakan sekelasnya yang nakal,dia cepat membela,bahkan dia pergi berjumpa rakan anak saya dan menegur dengan baik.tapi saya tak bersetuju dengan sikapnya yg suka menyebelahi anak.saya juga tak boleh marahkan anaknya kerana saya dikata tak pandai guna saikologi.

10.Atas apa juga kelemahan isteri saya,saya tak pernah berpikir untuk berpisah.semua kelemahan berlaku adalah berkait dengan factor didikan keluarga.Saya sentiasa ingat jasa jasa nya terhadap saya sewaktu di awal perkahwinan,saya masih di kolej dan dia dah bekerja.saya tentu sekali tak boleh terima hakikat tuntutan fasakh yang dia buat dalam keadaan saya tak mengkasarinya dengan sengaja.Kenapa dia tak ikut prosedur biasa terlebih dahulu,seperti mengadu pada Imam,Kadhi dll sebelum membawa ke mahkamah.saya percaya kepuusannya dibuat kerana campurtangan dari keluarganya.Keluarganya tak jadi pendamai tetapi lebih menambah parah lagi hidup kami.

No comments: