Sunday, January 4, 2009

Surat Untuk Mertua

Aris Fezul Bin Ismail
34 Felda Sena Jengka 16
26400 Bandar Jengka,Pahang
0199855883/094664077
24 Dis 08
Assalamualaikum warahmatullah

Untuk tatapan ayah bonda sekeluarga di Palong moga sihat walafiat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah hendaknya.Bagi kami di Jengka alhamdulillah sihat,tetapi tetap lah dalam kedukaan dan sedih yang berpanjangan atas apa yang sedang berlaku.

Untuk makluman,saya bersama mak saya yang masih uzur telah pun pergi ke Parit Panjang Jumaat lepas dengan hajat untuk bertemu anak dan isteri di samping ipar ipar yang menjaganya..

Hajat saya untuk membawa pulang Mashitah ,Syuhada dan Nasrullah yang masih sah di segi hukum sebagai isteri dan anak saya.Kalau pun mereka enggan pulang,setidak tidaknya saya dapat juga bersua muka dengan mereka..Syuhada itu dah lebih sebulan saya tak berjumpa.Mustahil mereka tak merindui ayah mereka.

Tetapi malang sungguh nasib kami,usahkan untuk membawa pulang,tapi bertemu mata pun tidak.Bayang pun tak kami temui.Sudah banyak air mata yang kami tumpahkan di Parit Panjang selama beberapa hari mencari mereka.

Sungguh tidak disangka sama sekali anak anak ayah yang kami kagum selama ini memperlakukan kami bagai manusia yang tidak ada harganya lagi dalam keadaan saya datang ditemani ibu saya yang dalam keuzuran.Kalaupun bencinya mereka kepada ipar mereka ini,kenapalah hati ibu saya yang selama ini mendengar aduan kakak mereka,mereka sanggup lukakan.

Kalau mereka dipihak yang benar ,kenapa mereka menyembunyikan isteri saya.Hina sangatkah ibu saya hingga tak berpeluang langsung menatap wajah menantunya dan cucunya.

Mereka hanya mahu mencari musuh yang berpanjangan bukan mencari jalan penyelesaian.Sudah lah selama ini mereka tidak pernah sepatahpun menanyakan sesuatu kepada saya akan hal yang diadukan oleh kakak mereka,kini nak berjumpa isteri sendiripun dihalang.

Saya tak mahulah bercerita panjang tentang kelaku mereka,nanti saya dianggap hendak memburukkan anak anak ayah pula.

Sebelum saya lanjutkan tulisan ini,saya mohon berbanyak kemaafan atas cerita yang saya sampaikan ini yang tentunya mengguris hati ayah.

Saya menulis surat ini adalah kerana masih mengharap jasa baik ayah untuk bekerjasama ke arah kebaikkan sesuailah dengan peranan orang tua sebagai pendamai kepada anak anak yang berselisih faham.

Atas kepercayaan ini lah,saya rayu kepada ayah ,kembalikan lah anak isteri saya.Kalau kehendak keluarga meneruskan juga saman di mahkamah itu,tidak mengapalah,tetapi perlu diingat,kita tidak boleh mendahului mahkamah dan melanggar hukumnya.

Selagi mahkamah belum membuat keputusan memisahkan kami,dari segi hukumnya Mashitah itu masih isteri saya,dan kedua dua anak itu tetap dalam tanggungjawab saya.

Oleh itu memisahkan mereka adalah perbuatan salah,dalam keadaan dia meninggalkan saya ketika tiada sebarang kekerasan fizikal atau kecederaan ke atas tubuh badannya.

Kalau keluarga percayakan mahkamah, maka tunggulah keputusan mahkamah.Membiarkan dan menyokong tindakan Mashitah meninggalkan suami dlm keadaan tiada sebarang kekerasan ke atasnya,adalah menggalakkan dia dalam dosa yang berpanjangan.Kalau perbicaraan ini memakan masa bertahun tahun,maka selama itulah dia di dalam dosa.Seorang isteri yang diceraikan ,dalam iddahnya itu dia masih perlu tinggal bersama dengan harapan dapat memperbaiki semula hubungan.Inikan pula belum ada lagi sebarang perbicaraan.

Ayah bonda yang dikasihi.
Kami manusia seperti orang lain juga.Kalau saya ada salah,maka Mashitah juga ada salahnya.Kalau saya perlu betulkan diri,begitu juga lah dia.Saya tidak ada masalah untuk memaafkannya sekiranya dia sedar akan kekhilafannya.Tetapi tindakan keluarga menurut apa jua kemahuannya tanpa menyiasat dengan mendalam adalah satu penginayaan.

Sekali lagi maaf ayah dan mak kalau tulisan ini menghiris hati.Saya sudah cuba mencari bahasa dan ayat yang terbaik untuk di tulis di sini agar tidak menghiris hati sesiapa,tetapi ini lah yang termampu pada saya.

Saya juga nak ingatkan diri saya,ayah,mak dan semua ahli keluarga,betul penceraian itu ada hikmahnya.Tetapi hikmah akan hanya ada apabila melalui jalan yang betul.Sudah berapa kali dibincang,disiasat ,dinasihat,d beri peringatan,dipanggil Majlis Hakam untuk mendamaikan,di kaunseling,diberi ruang seluasnya untuk penjelasan?Belum kan!

Maka akan lahirlah nanti,penceraian yang penuh dengan permusuhan,dendam kesumat ,kebencian yang berpanjangan antara dua keluarga ini yang tidak berkesudahan dengan perceraian.

Memikirkan semua ini yang mungkin terjadi,maka sebab itulah ayah,saya menulis dengan panjang lebar merayu bantuan ayah,kalaupun benci kepada saya,jangan siksa anak anak saya dengan memisahkan mereka dari ayah mereka.Masih belum terlambat untuk kita baiki kesilapan jika kita mahu berbuat demikian.

Akhirnya ,ayah, sekali lagi saya memohon guna lah kuasa ayah untuk membawa pulang Isteri saya dan anak anak.Kes mahkamah tu,tak mengapalah,terpulanglah kalau nak diteruskan.Saya harap sebelum datangnya tahun baru 2009,isteri dan anak anak saya telah pulang ke rumah.Saya perlu buat persiapan mereka untuk ke sekolah.

Hanya Allah saja yang akan membalas jasa baik ayah.Moga moga akhir hidup ayah kekal sebagai orang yang soleh yang telah berjaya mendamaikan anak menantu yang berselisih faham dan telah menyelamatkan masjid yang berusia lebih sepuluh tahun dari di robohkan.

Ampun maaf dari saya.Amin Ya Rabbal Alamin


No comments: